TERKINI

Wednesday, March 23, 2011

Makluman Terkini di Zagazig




Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tamanya dan selama-lamanya kita memanjat kesyukuran ke hadrat illahi limpah dan kurnianya dapat kita selamat kembali di bumi anbia,  Mesir untuk meneruskan pembelajaran di sini. Ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada mahasiswa/wi Malaysia yang selamat tiba di Zagazig bagi menyambung semula pembelajaran di sini baik mahasiswa Pengajian Islam mahupun mahasiswa/wi Pengajian Sains Kesihatan. Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan beberapa maklumat penting, khususnya mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Zagazig dan juga di Tafhana Ashraf tentang keselamatan dan keadaan atau suasana di Zagazig sekarang.