TERKINI

Friday, June 28, 2013

MAKLUMAN KESELAMATAN : PERSEDIAAN MENGHADAPI TAMARRUD



Sebagaimana yang sedia maklum bahawa pada sekarang ini berlaku kekacauan di bandar-bandar utama seluruh Mesir termasuk di Zagazig disebabkan oleh satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Tamarrud”. Kumpulan ini secara terbuka mengumumkan untuk menggulingkan Presiden Mesir yang sah iaitu Dr Muhammad Mursi yang akan bermula secara besar-besaran 30 jun ini. Sehubungan itu, pihak DPMZ menyeru kepada seluruh mahasiswa/wi di Zagazig untuk menjaga keselamatan diri masing-masing. 

Saturday, June 15, 2013

Makluman Pertukaran Ketua Unit Bait Muslim

Makluman

Pertukaran Ketua Unit Bait Muslim Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah Jabatan Pengerusi disandang oleh Saudara Muhammad Zul Azri Bin Zainal, Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Zagazig.

Segala hal yang berkaitan pembinaan rumah tangga bolehlah merujuk dan menghubungi beliau di facebook Muhammad Zul Azri atau di talian +20111 6500 278. Maklumat berkait peribadi adalah rahsia.

Sunday, August 26, 2012

Kenyataan Rasmi DPMZ Terhadap Isu BKPJM




Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 113 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu kepada orang-orang yang zalim , menggauli mereka dan meredhai perbuatan mereka yang menyebabkan kamu kamu disentuh api neraka , dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah SWT , lalu kamu tidak akan ditolong”.

Tuesday, August 7, 2012

Isu keselamatan : Mahasiswa dan mahasiswi perlu cakna



Mutakhir ini ,  mahasiswa dan mahasiswi  khusus di bumi Zagazig amat mudah terdedah dengan kes-kes yang berkaitan  kecurian , gangguan seksual , ragut dan seumpamanya. Bermula daripada musim peperiksaan pada bulan Mei sehinggalah Julai telah berlaku beberapa kes yang melibatkan kehilangan barang peribadi di rumah atau kediaman mahasiswa dan mahasiswi di bumi Zagazig.

Thursday, June 28, 2012

Makluman Perlantikan Ketua Hisbah DPMZ Yang Baru


DPMZ memaklumkan kepada seluruh warga Zagazig bahawa jawatan Ketua Unit Hisbah telah mengalami pertukaran. Jawatan tersebut yang disandang oleh Saudara Abdul Hadi Mohd Zuki telah digantikan oleh Saudara Muhamad Zul Azri Bin Zainal. Beliau sebelum ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Unit Hisbah pada sesi ini. Sehubungan dengan itu, DPMZ berharap seluruh ahli dapat terus memberikan kerjasama kepada Unit Hisbah DPMZ supaya konsep "amar makruf nahi munkar" dapat diterapkan dalam hidup kita. Beliau boleh dihubungi di talian 011-16500278

Monday, June 11, 2012

Impak Ikhlas Pasti Dibalas


 
"Don't judge a book by its cover" ungkapan untuk memberi maksud kepada jangan mudah memberikan satu kesimpulan hanya pada luaran sahaja.

Mentaliti seumpama ini semakin menular dalam pemikiran masyarakat, namun menurut kaca mata Islam sendiri ada perkara yang lebih penting untuk mendatangkan impak daripada sudut luaran.

Tuesday, August 23, 2011

PMRAM Dibina Dengan Keikhlasan Membentuk Kesatuan



KAHERAH, 23 Ogos - Pembukaan IRHAM' 11 dibuka dengan mengadakan sebuah forum kemerdekaan dengan penampilan istimewa  panel jemputan daripada Malaysia yang merupakan peserta deligasi " Ramadhan Di Gaza II [ RADIG II ] anjuran Majlis Perundingan dan Pertubuhan Islam Malaysia [ MAPIM ] malam tadi.