TERKINI

Tuesday, August 23, 2011

PMRAM Dibina Dengan Keikhlasan Membentuk Kesatuan



KAHERAH, 23 Ogos - Pembukaan IRHAM' 11 dibuka dengan mengadakan sebuah forum kemerdekaan dengan penampilan istimewa  panel jemputan daripada Malaysia yang merupakan peserta deligasi " Ramadhan Di Gaza II [ RADIG II ] anjuran Majlis Perundingan dan Pertubuhan Islam Malaysia [ MAPIM ] malam tadi.


Antara panel jemputan tersebut ialah Encik Mohd Azmi bin Abdul Hamid ( Setiausaha Agung MAPIM ), Dr Jamnul Azhar bin Mulkan ( Mantan Timbalan Presiden PMRAM 1992 ) dan Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman ( Presiden PMRAM 2011 ).

Forum yang telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Azlan bin Haji Alias, Penasihat PMRAM itu dimulakan selepas selesai Solat Terawih di Dataran Haiyu Asyir semalam.

Kupasan mengenai penghayatan kemerdekaan dan Ramadhan telah diulas oleh panel dengan begitu menarik dan ringkas sekaligus memberikan suntikkan ilmu agar mahasiswa lebih memahami nilai kemerdekaan yang dikecapi hari ini.

Penekanan yang ditekankan oleh panel adalah kepentingan dalam kesatuan dan kepentingan kepada mahasiswa untuk mengetahui isu semasa terutama penderitaan Palestin agar ianya tidak dipandang enteng sekaligus lenyap begitu sahaja.

" PMRAM merupakan sebuah wadah kesatuan yang telah dibina oleh generasi dahulu yang ikhlas mengimpikan legasi kesatuan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah tanpa mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu" ujar Dr.Jamnul Azhar bin Mulkan yang merupakan Mantan Timbalan Presiden PMRAM 1992.

Sumber : PMRAM

No comments: